Thursday, 24 July 2014

Eksekutif di Malaysia

Eksekutif
  • Orang dan golongan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.
  • Pentadbiran Negara: 
  1. Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet di peringkat kerajaan persekutuan.
  2. Ketua Menteri atau Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negara (EXCO) di peringkat negeri.

Peringkat Kerajaan Persekutuan
  • Badan eksekutif ialah kabinet dan jemaah menteri.
  • Jemaah menteri diketuai oleh Perdana Menteri.
  • Ahlinya terdiri daripada menteri-menteri lain dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Tugas Jemaah Menteri
  • Menggubal dasar kerajaan.
  • Mentadbir kerajaan persekutuan.
  • Memperincikan dasar-dasar kerajaan.
  • Menangani sebarang masalah yang melibatkan negara dan rakyat.   

  

Jentera Pentadbiran Di Malaysia

BADAN PERUNDANGAN:
Sejenis majlis perundingan perwakilan yang memiliki kuasa untuk:

    • Menggubal , meminda dan meratifikasikan  undang-undang
    • Menaikkan cukai.
    • Menerapkan belanjawan serta rang undang-undang wang. 


    BADAN EKSEKUTIF:
    Peranan utama badan ini termasuklah:
    ·  Membuat keputusan mengenai polisi dan menguatkuasakan undang-undang. 
    ·  Menjaga hal ehwal hubungan luar negara.  
    ·  Melantik pegawai-pegawai kerajaan.
    ·  Penyiasatan dan keselamatan dalam dan luar negara
    ·  Membuat instrumen perundangan dan undang-undang kecil   
    ·  Membuat pembangunan infrastruktur  
    ·  Menggubal dan menjalankan dasar tertinggi negara

    BADAN KEHAKIMAN
    Antara peranan badan kehakiman termasuklah:
    ·  Mentafsir undang-undang
    ·  Mengadili tindakan-tindakan sivil 
    ·  Mengadili pendakwaan jenayah
    ·  Mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan
    ·  Membuat penghakiman hal ehwal keluarga (perceraian, nafkah dll)
    ·  Pengurusan pusaka
    ·  Mengeluarkan waran tangkap

    Perundangan di Tanah Tumpah Darahku



    Dewan Rakyat:
    1. Meluluskan rang undang-undang sebelum dihantar kepada Yang Di-Pertuan Agong.
    2. Bersidang di bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
    3. Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
    4. Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan.
    5. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat.
    6. Beliau juga dianggap berhenti jika:
    • Hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
    • Tidak hadir dalam mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan. 
    • Jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh 3bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya.
      
    DEWAN NEGARA 
    Tugas Dewan Negara: 
    1. Mengkaji semula.
    2. Meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. 
    3. Mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Malaysia
    4. Mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara/majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.
    • Seseorang yang dilantik mestilah berumur sekurang-kurangnya 30tahun ke atas. 
    • Tempoh perkhidmatan ialah selama 3tahun.


    Peraturan Asas UUKA

    PERATURAN ASAS UUKA SECARA RINGKAS:
    1. Pembatasan: Hak pihak-pihak yang bersengketa untuk mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh adalah TERBATAS.

    2. Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar: Mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah, adalah dilarang.

    3. Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang dan objek awam: Serangan yang ditujukan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Pada setiap masa harus dikenalpasti perbezaan diantara anggota/objek tentera dengan anggota/objek awam yang tidak bersalah.

    4. Pertimbangan: Penggunaan cara dan kaedah peperangan haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperolehi secara langsung.

    5. Keperluan ketenteraan: Membenarkan penggunaan kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah.

           


    Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

    UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

    Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA):
    • peraturan atas dasar kemanusiaan
    • menentukan batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata
    • melindungi mereka yang tidak terlibat atau tidak lagi mengambil bahagian dalam peperangan
    • menghadkan cara dan kaedah peperangan

    UUKA melarang segala cara dan kaedah peperangan dimana:
    • gagal untuk membezakan diantara mereka yang mengambil bahagian dengan mereka (seperti orang awam) yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran
    • mengakibatkan kecederaan yang melampau atau kesengsaraan yang keterlaluan
    • menyebabkan kemusnahan yang keterlaluan atau kesan jangka panjang terhadap alam sekitar

    Oleh itu, UUKA telah menghadkan atau mengharamkan penggunaan banyak jenis senjata, termasuk peluru letupan, senjata kimia serta biologi, senjata laser yang boleh membutakan
    dan periuk api.

             

            


    Wednesday, 23 July 2014

    You're Awesome! Believe in Yourself

    Hak Orang Awam

    Jika berlaku peperangan, orang awam yang tidak terlibat perlu diberikan hak mereka untuk mendapatkan perlindungan. Perkara ini telah ditetapkan dalam Konvokesyen Geneva 1949, iaitu berkenaan peraturan-peraturan asas dalam Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa ketika konflik bersenjata berlaku:


       
    1) Orang yang cedera dan orang yang tidak terlibat dalam peperangan perlu dihormati jiwa, moral dan fizikal mereka. Mereka perlu dilindungi dan dilayan dengan penuh rasa kemanusiaan.
    2) Larangan membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan orang yang tidak berupaya.
    3) Orang yang cedera atau sakit perlu dikumpulkan dan dijaga oleh pihak yang mempunyai kuasa.
    4) Perlindungan meliputi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan dan peralatan. Lambang persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah menjadi lambang perlindungan dan perlu dihormati oleh semua pihak.
    5) Anggota tentera yang ditawan dan orang awam yang berada bawah kuasa musuh perlu dihormati nyawa, maruah dan hak peribadi. Mereka perlu dilindungi daripada semua bentuk keganasan dan perbuatan balas dendam.