Thursday, 24 July 2014

Eksekutif di Malaysia

Eksekutif
  • Orang dan golongan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.
  • Pentadbiran Negara: 
  1. Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet di peringkat kerajaan persekutuan.
  2. Ketua Menteri atau Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negara (EXCO) di peringkat negeri.

Peringkat Kerajaan Persekutuan
  • Badan eksekutif ialah kabinet dan jemaah menteri.
  • Jemaah menteri diketuai oleh Perdana Menteri.
  • Ahlinya terdiri daripada menteri-menteri lain dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Tugas Jemaah Menteri
  • Menggubal dasar kerajaan.
  • Mentadbir kerajaan persekutuan.
  • Memperincikan dasar-dasar kerajaan.
  • Menangani sebarang masalah yang melibatkan negara dan rakyat.   

  

No comments:

Post a Comment