ANCAMAN DALAMAN

1) Penyalahgunaan dan Penyeludupan Najis Dadah
Kesan Ancaman
- Memusnahkan generasi yang menjadi harapan negara.
- Menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat.
- Menyebabkan penyakit yang berbahaya, gejala sosial dan jenayah.
Cara-cara Menangani Ancaman:
- Mempergiatkan kempen memerangi dadah: Kempen Belia Benci Dadah
- Menguatkuasakan undang-undang
- Mengenakan denda/hukuman yang lebih berat kepada pesalah
2) Kemasukan Pendatang Tanpa Izin
Kesan Ancaman
- Meningkatkan kadar jenayah seperti pelacuran dan pergaduhan.
- Menghuru-harakan masyarakat.
- Menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Cara-cara Menangani Ancaman:
- Mengehadkan kemasukan pendatang tanpa izin.
- Mengetatkan syarat kemasukan pendatang asing.
- Menyeru masyarakat agar lebih bekerjasama dan lebih peka terhadap individu yang disyaki.
3) Kegiatan Sindiket Pemalsuan
Kesan Ancaman:
- Menyebabkan dokumen-dokumen penting seperti IC, sijil kelahiran dan kad kredit dipalsukan dengan berleluasa.
- Mengugat keselamatan negara.
- Menjejaskan ekonomi negara.
Cara-cara Menangani Ancaman:
- Menguatkuasakan undang-undang.
- Mengarahkan pihak kerajaan agar lebih peka dan berhati-hati menjalankan sebarang urusan.
4) Pelbagai Kegiatan Jenayah
Kesan Ancaman:
- Menimbulkan ketakutan.
- Menyebabkan pelancong bimbang untuk datang.
- Merosakkan imej negara pada mata dunia.
Cara-cara Menangani Ancaman:
- Menguatkuasakan undang-undang.
- Memperbesarkan pasukan keselamatan negara.
- Mengenakan tindakan/hukuman yang berat kepada pesalah.
ANCAMAN LUARAN
1) Serangan Mata Wang
Kesan Ancaman:
- Nilai ringgit jatuh
- Ekonomi merosot
Cara-cara Menangani Ancaman:
- Melaksanakan tambatan nilai ringgit dan perancangan ekonomi yang berhati-hati.
2) Ancaman Kekacauan di Negara Lain
Kesan Ancaman:

- Kemasukan perlarian di Malaysia.
Cara-cara Menangani Ancaman:
- Mengadakan rundingan.
- Peningkatan kawalan sempadan.
3) Ancaman Pengaruh Budaya Barat yang Negatif
Kesan Ancaman:
- Kejatuhan moral generasi muda
Cara-cara Mengatasi Ancaman:
- Penerapan nilai-nilai moral dan agama.
4) Ancaman Peningkatan Suhu Dunia Akibat Aktiviti Rumah Kaca di Barat dan Penipisan Lapisan Ozon
Kesan Ancaman:

- Dunia semakin panas
- Dunia terdedah kepada bahaya cahaya ultra ungu.
Cara-cara Mengatasi Ancaman:
- Mengurangkan penggunaan aerosol dan bahan kimia.
5) Ancaman Penyakit-penyakit kritikal seperti Selesema burung, AIDS, dan JE
Kesan Ancaman:
- Mengancam nyawa manusia.
- Menjejaskan ekonomi.
Cara-cara Mengatasi Ancaman:
- Pembasmian melalui pemberian vaksin.
- Pemulihan.
- Kempen pencegahan.
6) Ancaman Kemasukan unsur negatif seperti Bahan Porno dan Jenayah Siber
Kesan Ancaman:
- Mendedahkan golongan remaja kepada unsur lucah dan jenayah siber.
Cara-cara Mengatasi Ancaman:
- Pendidikan agama, sivik dan moral.
- Penguatkuasaan undang-undang.
No comments:
Post a Comment