Monday, 14 July 2014

Warisan Nenek Moyang

Kepentingan Mengekalkan Adat Resam

  • Mengekalkan identiti sesebuah bangsa atau kaum.
  • Meneruskan tradisi nenek moyang agar tidak lupus dek zaman.
  • Memastikan generasi seterusnya peka terhadap adat resam keluarga atau bangsa tersebut.
  • Menjadikan bangsa tersebut istimewa dan unik.
  • Menarik minat pelancong untuk menerokai adat resam masyarakat Malaysia.


Kebaikan Menerima dan Menghormati Adat Resam Pelbagai Kaum

  • Mengelakkan perselisihan faham antara kaum.
  • Mengekalkan keharmonian antara masyarakat Malaysia.
  • Membolehkan masyarakat bertolak ansur sesama diri.
  • Meningkatkan pengetahuan terhadap sesebuah adat resam.


Cara-cara Memperkenalkan Adat Resam Masyarakat Tempatan

  • Mengiklankan amalan adat resam tersebut pada media massa serta media elektronik.
  • Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan adat resam.
  • Memberi pendedahan terhadap sesebuah adat resam kepada masyarakat.
  • Mempromosikan amalan adat resam tersebut.


      



No comments:

Post a Comment