Thursday, 24 July 2014

Perundangan di Tanah Tumpah Darahku



Dewan Rakyat:
  1. Meluluskan rang undang-undang sebelum dihantar kepada Yang Di-Pertuan Agong.
  2. Bersidang di bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.
  3. Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
  4. Tempoh jawatan ahli Dewan Rakyat akan tamat apabila Parlimen telah dibubarkan.
  5. Ahli Dewan Rakyat boleh berhenti menjadi dengan menulis surat kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat.
  6. Beliau juga dianggap berhenti jika:
  • Hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
  • Tidak hadir dalam mesyuarat Dewan selama enam bulan berterusan tanpa mendapat izin Dewan. 
  • Jika tidak menghadiri mesyuarat dalam tempoh 3bulan daripada tarikh Dewan mula bersidang selepas pilihanraya.
  
DEWAN NEGARA 
Tugas Dewan Negara: 
  1. Mengkaji semula.
  2. Meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. 
  3. Mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Malaysia
  4. Mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara/majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.
  • Seseorang yang dilantik mestilah berumur sekurang-kurangnya 30tahun ke atas. 
  • Tempoh perkhidmatan ialah selama 3tahun.


No comments:

Post a Comment