Eksekutif
- Orang dan golongan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi.
- Pentadbiran Negara:
- Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet di peringkat kerajaan persekutuan.
- Ketua Menteri atau Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negara (EXCO) di peringkat negeri.
Peringkat Kerajaan Persekutuan
- Badan eksekutif ialah kabinet dan jemaah menteri.
- Jemaah menteri diketuai oleh Perdana Menteri.
- Ahlinya terdiri daripada menteri-menteri lain dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Tugas Jemaah Menteri
- Menggubal dasar kerajaan.
- Mentadbir kerajaan persekutuan.
- Memperincikan dasar-dasar kerajaan.
- Menangani sebarang masalah yang melibatkan negara dan rakyat.